Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, July 03, 2013

Help Has Arrived. Rejoice!

While I was browsing Imgur last night, I had stumbled upon this useful info-graphics on how to deal with job interview. This aid does not necessarily will make you score the interview easily, but it does help in giving you a useful insight on how to bring yourself before and during the interview. Hope these helps!




Seen at Imgur.

P.S. - I know the pictures' texts provided here are hardly readable, therefore I recommend you to go to the link above. It has the original pictures and zoomable.

Saturday, April 14, 2012

The Places. Called. Home

Malam ni while browsing The Awesomer, aku jumpa satu video yang sangat awesome. Untuk sapa-sapa yang baru first time dengar pasal laman web ni, The Awesomer adalah laman web yang display video-video cool around the Web. Video-video ni selalunya datang daripada Youtube.

Ni video yang aku kata awesome tu.


Untuk sapa-sapa yang malas nak play video ni, video ni tunjuk tempat-tempat menarik sekitar Jepun. Dan setiap clip / lokasi dalam video ni diambil waktu pagi, tengah hari, petang, senja, malam. Contoh kat Kyoto clip waktu siang, Hokkaido punya clip waktu pagi. See the video kalau tak paham.

So aku pun teringin gak nak buat video camni. Cuma lokasi aku teringin nak record adalah Perlis. Contoh lokasi macam Kangar, Santan, Arau, Timah Tasoh dan so on. Ajak Umaq buat menatang ni macam best ja.

Wednesday, April 11, 2012

Earthquake Alert

Petang yang tenang hari ni dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di utara Sumatera. Amaran tsunami sudah dikeluarkan. Aku tak rasa gegaran apa pun. Rasa macam rugi pun ada. Ke aku rasa tapi tak perasan? Huhu.

So, let's hope loss of lives will be minimum. Damage on properties are inevitable. Hope all is well.

Thursday, March 08, 2012

Meniaga

So aku sekarang ni tengah berjinak-jinak duk juai jersey mai dari Padang Besaq. baru dua kali aku buat. Order xpernah lebih 6 helai. Untung pun bukan besaq mana. Buat suka-suka ja. Tapi mau ramai duk order, memang aku nak buat serius. Itupun, KALAU RAMAI YANG ORDER... KALAU.....

So in case ada yang berminat nak order jersey kat aku, habaq mai la no. Aku juai kat hangpa dalam RM 35 lengan pendek. Lengan panjang dalam RM45. OK dak pada pandangan hangpa? Ka mahai? Mau mahai mohon datang sendiri beli kat Padang Besaq.

So ni aku upload la gambaq jersey-jersey hasil beli kat Padang Besaq. Mohon enjoice.

Ni terang-terang jersey Malaysia size M.

Taktau pasaipa gambaq ni sorang-sorang dia besaq. Ni jersey England Away untuk Euro 2012 size S.

Arsenal Home Season 2011/2012 size S.

Holland/Netherland Away untuk Euro 2012 size S.

Arsenal Away Season 2011/2012 size S.

Chelsea 3rd Kit Season 2011/2012 size S.
So tu lah antara produk yang boleh didapati daripada Padang Besaq. Sori gambaq xberapa nak elok sebab tangkap time malam. Ni aku nak bagi tips la mau nak basuh jersey tu, jangan duk pakai washing machine. Satgi kot luruh cabut habih semua tulisan kat jersey hangpa tu. Dan pastikan terbalikkan baju tu. Luar ke dalam. Buat macam xbesa lak.

So ni ja lah aku post untuk hari ni. So kalau ada yang berminat leh carik aku kat FB takpun Twitter. Link kat sebelah tu. Pandai-pandai carik. Assalamualaikum!

Monday, March 05, 2012

Post Hambar

Peh hambar gila post aku. Sangat-sangat hambar. Nak buat so-so.gif (straightkan tangan anda, satu tangan ja. pastikan tapak tangan anda menghala ke bawah. Goyangkan tapak tangan anda atas dan bawah sambil buat muka notbadobama.jpeg) pun tak layak. FFFFFFFFFFFUUUUUUUU.

Seriously I shit better than this.

March Post, The First

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca-pembaca blog picisan ini. Masih adakah mereka, masih mengikuti perkembangan blog ini? Mengharapkan kiriman yang baru. Atau sudah dilupakan? Mana-mana pun tidak mengapa. Saya terima seadanya.

Heh, type guna Bahasa Melayu formal ni memang susah. Rasa janggal gila. Maklumla dah lama tak menulis guna Bahasa Melayu formal. Last guna time Form 5. Xpa, lepas ni aku kena amik Bahasa Kebangsaan. Nak xnak, hidupkan kembali Bahasa Melayu di sanubariku ini!

Tujuan aku post untuk hari ini adalah untuk menyatakan aku berada di Perlis untuk seminggu lamanya sebab UniKL MIIT sekarang tengah cuti midsem. So macam biasa, aku akan ke Padang Besar untuk beli jersey yang ditempah atau diminta carikan oleh teman-teman. Aku jadi runner je. Ada barang ada la. Kalau xdak, maaf. Next stock mungkin ada.

Aku kena amik untung. Jadi runner pun, penat actually. Dari Kangar nak ke Padang Besar, lebih kurang 30++ minit. Duit minyak lagi. Jalan carik jersey kat kedai. Mesej-mesej atau call nak bagitau jersey tu ada ka tidak. Tu semua duit tu. So harap paham kalau aku charge lebih skit.

And now, first time in this year, aku demam. Or skit lagi nak demam. I don't know. Tapi area badan aku sakit-sakit, especially kat bahagian kiri dan kanan perut. What does that mean?

Tuesday, January 17, 2012

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology

So start daripada 8 Januari 2012 haritu, aku officially adalah student kepada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology atau nama pendeknya UniKL MIIT. Course aku Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Networking Systems selama 4 tahun. Aku dapat transfer kredit sebanyak 28 jam. OK la daripada tak dapat langsung.

MIIT ni letaknya kat Jalan Sultan Ismail Sangat-sangat dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Kampung Baru. Bangunan MARA pun dekat gak daripada sini. Kalau nak datang sini by public transport, kita ada banyak options. Contohnya:

1. By LRT. Turun kat Dang Wangi ataupun Kampung Baru. Bandaraya pun boleh tapi paling dekat dan efisien adalah Dang Wangi.
2. By Monorel. Turun kat Medan Tunku.
3. By bus. Sorry aku tak tau kod bas yang lalu depan UniKL.

So antara distinctive features universiti ni adalah bangunan 30 tingkat. Berjiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Menara Bank Pembangunan. Jalan depan ni pun sibuk gak pagi-pagi. Betul-betul kat persimpangan.

So for Semester 1 ni aku wajib duduk hostel. So aku dapat hostel kat Jalan Pantai Endah, Bangsar. Nama glamour Blok 10. Hostel ni berjiran dengan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA), Stadium Hoki Kuala Lumpur, dan Universiti Malaya (pintu yang dekat dengan Masjid Al-Rahman). Bangunan ni 6 tingkat. Bilik ada yang 6 orang. Ada yang 4 orang. Aku dapat yang 4. Katil double decker. Kipas dinding. Then tandas kena share ramai-ramai atau bahasa hariannya adalah tandas luar. Paling awesome kat sini adalah court futsal yang bayarannya RM10 sejam.

Then aku wajib naik bas ulang-alik dari kampus ke hostel. Bayaran RM 300 satu semester. Kalau terlepas, naiklah LRT kat Kerinchi. Kena la RM 2.00 sehala.

So nilah sedikit sebanyak info aku sebagai pelajar tahun pertama, semester pertama UniKL MIIT ni. A long way to go.

Sunday, December 18, 2011

Kawin Awal Tak Dapat, Oleh Sebab Itu...

Ibu bapa anda berfikiran orthodoks. Konservatif. Adat lebih dari segala-galanya. Kalau nak kahwin, kalau tak ada kerja atau duit, jangan mimpi nak bawa keluar isu ini dihadapan mereka. Jangan cakap nak kahwin, nak suruh pergi merisik pun dah kena marah rasanya. Dan jika anda dah berduit sekalipun, kenduri kahwin mestilah meriah dan mahal-mahal. Hantaran mesti berdulang-dulang. Belanja kahwin lagi. Baru tak terkalah dengan jiran tetangga yang lain. Baru jiran rasa gerun dan hormat kepada keluarga anda.

Dari dua masalah yang aku nyatakan di atas, iaitu kalau tak berduit jangan mimpi nak bertunang apatah lagi kahwin dan kalau nak kahwin, kena mahal-mahal menyebabkan ramai pemuda pemudi berasa tekanan dan kecewa tidak dapat melampiaskan keinginan untuk berkahwin awal. Sehubungan itu, secara tak langsung ramai yang berpasangan atau orang kebanyakan memanggilnya ber-couple, dan ada yang lebih teruk lagi, menghasilkan anak luar nikah hasil dari hubungan tersebut.

Tetapi lain pula ceritanya bagi pemuda pemudi dari keluarga atau latar belakang Islamik. Mereka dapat bertunang seawal yang mungkin. Masakan ada juga yang dapat berkahwin di usia yang awal. Mereka masih belajar, tidak bekerja lagi tetapi ibu bapa serta keluarga membenarkan dan memberi sumbangan untuk mereka berkahwin atau bertunang awal. Mengapa ini berlaku?

Kita sekarang hidup dalam era Melayu. Bukan era Islam... Keluarga orthodoks pentingkan kejayaan dahulu baru boleh kahwin manakala keluarga berlatarbelakangkan Islamik percaya kepada kejayaan dan perkahwinan boleh bergerak seiring. Tetapi kita kena fikir jugak bahawa jodoh Allah dah tetapkan awal-awal lagi. Lambat atau cepat sahaja pembezanya.

(aku takdak idea nak tulis panjang2 kali ni. cukup takat tu lah kot. nak tunjuk kenapa ada beza)

Wednesday, December 07, 2011

Tatkala Nak Masuk IPT

Bila nak masuk mana-mana IPT, aku paling tak suka buat benda ni: mintak cop pengesahan. Cop dari JKKK ka, tok imam ka cikgu kanan sekolah ka, namakan saja. Melainkan ada orang ikut bontot aku, baru aku rasa rajin sikit..

Tapi, nak tak nak kena jugak mintak cop kan, kalau tak, tak masuk belajar aku satgi. Jadi,  aku hadiahkan jari tengah kepada kerenah birokrasi.

Sekian.

Thursday, December 01, 2011

December

First post for December 2011. Busy month ahead. That's for sure. Then a new year and a new life.

Tuesday, November 29, 2011

Oh JAKIM

Aku terjumpa benda ni kat Facebook. Isu yang mengatakan surat ini....

Dikatakan surat ini adalah dari JAKIM

Monday, November 28, 2011

Paranoid Android Part 2

So hangpa semua mesti pernah nampak orang share kat FB produk-produk yang diassociatekan dengan Yahudi kan? So automatically hangpa mesti nak boikot produk tu kan? Tapi pernahkah anda terfikir mungkin itu semua adalah dusta semata-mata? Maksud aku, maybe ada orang saja buat fitnah, sebab nak tengok business tu lingkup ataupun just for the lulz. Ataupun sebarkan keburukan produk tu sebab yang buat fitnah tu adalah seorang businessman, and kebetulan dia pun jual benda yang sama, therefore orang akan beli kat dia sebab saingan dia adalah produk Yahudi. MUNGKIN. Aku takmau komen lebih tentang semua tu.

Tujuan aku post harini adalah nak tunjuk macamana nak YAHUDI-kan produk. By the way post ini diambil dan diolah daripada blog Ayam dan Babi. Cilakak punya blog. Dahla dalam loghat utara. I had my lulz. Anyway enjoice post ni.

How to YAHUDI-kan kismis LIGO.

Yeap, this harmless guy right here. Sapa tak pernah makan tu penipu besaq.


1. Nama produk

Kaitkan nama produk dengan perkataan-perkataan Yahudi yang direka sendiri.

"LIGO berasal dari perkataan Ibrani yang bermaksud "butiran keras". Sememangnya jika anda membeli kismis LIGO anda memberi sumbangan dana kepada Israel untuk membeli butiran keras iaitu peluru untuk membunuh rakyat Palestin"


2. Asal usul

Rekakan satu konspirasi bagaimana produk ini boleh wujud dalam pasaran tempatan.

"Kismis LIGO yang ditanam di Israel yang tanahnya disuburi darah rakyat Palestin dihantar ke Brazil untuk dibungkuskan dengan penipuan bahawa kismis ini berasal dari California"

3. Presiden syarikat

Pastikan rakyat tempatan akan gerun membeli produk ini dengan menyatakan yang Presiden atau C.E.O. syarikat tersebut (reka nama supaya lebih susah rakyat tempatan untuk Google) adalah seorang Yahudi Zionis atau penyokong Zionis.

"Presiden Ligo iaitu Zarsten Kismisberg (lulz) adalah seorang jutawan Israel yang kaya akibat penipuan kismis-kismisnya. Beliau menderma sebanyak 100 juta dollar setiap tahun kepada negara laknatullah Israel"

4. Kreativiti masing-masing

Jangan berhenti disitu sahaja! Gunakan akal minda anda untuk memburukkan lagi produk ini dalam pasaran domestik! Benda-benda kecil seperti barcode produk juga boleh dijadikan sasaran!

Bantai apa saja. Janji objektif tercapai.

So dah taw macamana nak Yahudi-kan produk sedia ada? Mudah kan? So post yang orang duk share kat FB dengan email tu boleh jadi fitnah. Sebab kat atas ni senang ja kan nak kata satu produk tu teruk. Tapi kalau betul la produk tu adalah dari pihak Zionis, aku ucapkan terima kasih sebab mengingatkan.

Konklusinya, kita kena buat research dulu pasal sesuatu perkara ni. Jangan percaya bulat-bulat then terus sebarkan. Bayangkan kalau kita sebarkan fitnah. Tidak ka naya namanya tu? Tunjuk bukti yang sahih dulu. RESEARCH, then baru kita buat analisa masing-masing. Nak boikot ka tak. Lagi satu, kalau benda tu baik, apa salahnya kita terus pakai? Kita ada mata, kita lihat. Kita ada akal, kita fikir. Mana satu benda baik mana satu benda salah. Assalamualaikum!



Saturday, November 26, 2011

Project Gundam

So my dad gave me money to buy a Gundam plastic model, or GUNPLA for short. It was Saturday, and I had just finished my convocation ceremony at Dewan Gemilang Mercu Idaman, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor, Malaysia. So for lunch, my dad brought me and my stepmom (for those who didn't know, I live with my dad and stepmom in Perlis. My real mom is in KL with my brother and stepbrother. Now you know.) to McDonald's Sungei Wang Plaza. I was craving for Chicken McDeluxe so I had one. Then there was a GUNPLA expo there, near the restaurant. So I check it out. The prices were OK. My dad asked me did I want one, so I had to make a tough call on which GUNPLA I want. My choices were:

1. Gundam Exia 1/60. Pricing was near to RM 150.
2. Gundam Exia Avalanche 1/100 (I think). Pricing in RM 110 or less.
3. Aile Strike Gundam 1/144 RG Grade. Price was RM 83.

Since RG Grade is a new grade, so I picked that one. And it was the cheapest in the list too. And the Aile Strike Gundam was the number 3 product released by Bandai. The first was RX-78 and the Zaku Custom piloted by Char Aznabel second. Plus, if I am not mistaken, Freedom Gundam was the fourth one. But I haven't seen it yet. So I had to make do with Aile Strike Gundam.

Here are the pictures of my RG Grade Aile Strike Gundam in the box. I haven't begin doing it yet. So, next time I will post the completed GUNPLA. Until next time. (I think my English sucked. All in favor say AYE)

If you notice, this GUNPLA has a endoskeleton (Shown on the side of the box). This is new for 1/144 scale model.

Top view of the box.

Inside the box with the manual on the right.

As you can see, the stickers are generous compared to the old models, and on the right is the endoskeleton parts. Simple right?

Friday, October 28, 2011

If Zombie Apocalypse Did Happen

Soalan yang aku baru tertanya diri aku sendiri. Kalau betul la zombie apocalypse ni benar-benar terjadi, kita rakyat Malaysia nak deal macamana dengan event ni? Kita bukan duduk US. Kalau kat US firearms belambak. Malah they got right to bear arms. And then depa ada geng redneck (read: geng hulu tapi stock weapons belambak), so kemungkinan nak deal dengan zombie apocalypse takdak masalah sangat kan?

Tapi kita kat Malaysia ni apa ada? Senjata api seriously tak banyak dalam pendapat aku. Senjata konvensional / tradisional banyak la; parang keris apa semua tu. Advantage tu memang. Pasal tak pakai peluru. Just bergantung dekat tenaga kudrat si pemegang senjata. Tapi lama-lama letih la kan? Dah letih memang kena gangbang la. Last-last kita pun jadi zombie. What a way to go. Becomes one with the ones that we tried to defend ourselves from in the first place.

Martial artist pun kita ramai. Tapi macam senjata traditional, kita kena close range and memerlukan tenaga. Habis tenaga maka habislah kita. So nak selamat, jangan engage the zombies, retreat. Itu ja penyelesaian terbaik. Tapi soalan yang aku nak tanya ni bukan senjata api apa semua tu. Bukan how to kill the zombies. Or   how to survive the zombie apocalypse. No. Aku nak tanya if orang kesayangan anda jadi zombie, what will you do?

Contoh, kat tangan anda ada pistol. Dan let's say abang atau kakak anda baru sahaja jadi zombie. Can you PULL THE TRIGGER? Anda renung tepat ke mata mereka. Dan instant flashback of memories flooded your mind. All the good times you guys had before. How you loved them. Can you do it? They are your loved ones. Not some random people. Itu kalau ada pistol. Kalau takdak pistol, ada parang, macamana? Lagi kejam nak tetak orang kan? Your loved ones lak tu kan. Darah mereka memercik ke muka, mengelupur. Sanggup tak? Aku rasa majoriti mesti tak sanggup. Malah mungkin ada yang akan rebah melutut ke bumi dan menangis. Normal. Itu manusia.

Tapi kita kerap kali dengar kes kat Malaysia yang tercinta ni ahli keluarga kena tetak or belasah dengan ahli keluarga sendiri. Dilakukan dalam keadaan sedar. Bukan terpaksa (mungkin terpaksa sebab nak duit or whatever, but still, bukan kondisi yang memerlukan tindakan kejam sebegitu dilakukan). Apa dalam fikiran mereka ketika itu? Adakah sifat kemanusiaan sudah terhakis? Hilang? Aku tak tau. Aku bukan pakar psikologi.

So renung-renungkanlah, if zombie apocalypse did happen, will you kill the ones you loved so that they stay dead and doesn't come for your meat and brains?

End Of October

So peeps, here comes the last Friday for October. What have you achieved in the last 10 months? Nothing significant? No worries. We have a long way to go. Buckle up and full throttle.

And by the way, I would like to congratulate to all that have graduated in their studies this year. You have struggled and here you are, a scroll to show the world what you have accomplished during the study period. Kudos. Be proud of yourself.

Me? I will receive my scroll on the 19th November this year. Think you guys were the only ones graduating?

I think my writing is so typical. Boring as hell. I'm sorry if people did read this blog. I am not creative. Sorry.

Things I Want

Sebelum hampa baca list aku ni, try la search lagu "Things I Want" dendangan Tenacious D dengan Sum 41. Dah cari? Then play em while reading this. Baru rasa awesome. So here you go, a list of all the cool shit I want...

1. A brand new laptop with a dedicated graphic card, regardless of brands and also equipped with a strong processor unit.
2. A decent gaming desktop for you know, heavy gaming? Need this to play those graphic hogging games.
3. A smartphone. Does not decide for an iPhone or a BlackBerry or other smartphones. Any recommendations?
4. A camera. The camera that can do the job. Anything from DSLR or a standard digi-cam would suffice.
5. A MP3 player. An iPod or any value for money MP3 player. Might go with Sony Walkman.
6. An earphones. An awesome one.
7. A gold dinar. For the future.

I think this is the things I want in the near future. What about you?

Thursday, October 27, 2011

The Twitter-Tony Stark Theory

You got Facebook? Most of you did. And you got Twitter? Not many has one. But still, I would like to share with you my theory on these two social networking sites. I come up with this theory while on Twitter.

OK. You see Facebook is for me, is like Iron Man. Yeah, that gold and red high-tech armor suit that can fly and shoots laser beam out of his palm and has light on his chest. Yes, that guy. Why I said that? It is because on Facebook, people tend to show that they are cool, strong and they showed to the public what they are on the outside or you might say externally. Handsome, beautiful and all those likable characteristics. Seldom did people shows their true colors on Facebook. Thus Iron Man is said to personified this. Cool, strong and perfect on design and application. But who is Iron Man? It is worn by Tony Stark, the creator. He is human. A living organism. Unlike his creation, a metal suit with power beyond imagination.

Twitter is Tony Stark. People who have Twitter tends to express what they feel emotionally here. They don't mind letting people see their tweets. Heck, they even felt good, comfortable by doing so because they have expressed what they feel. Letting their emotions out. Relieve the pain and pressure brewing inside their core. Only the people following that guy or girl on Twitter will know what the person really is.

I used the Tony Stark and Iron Man because initially my theory is since Facebook is just used as a public face of oneself, acting all cool and cute, while on Twitter we are just being human, insecure and full of angst. The equation for my ridiculous theory is:

Facebook = Public face of you. Acting tough and lovable and all those kind. read: hypocrite / masked
Twitter = Your real face. The REAL you.

Iron Man = Suit of armor. The public regards him as a superhero. Strong and tough.
Tony Stark = The man behind the suit of armor. Alcoholic, playboy and possessing qualities of a normal human.

Therefore Facebook is Iron Man while Twitter is Tony Stark. I know this does not make sense. But hey, it is my theory. Just sharing what I think.

If you got both Twitter and Facebook, you know what I am talking about. =). And if there is a sudden influx of new Twitter follower requests after this post has been published, I know where you people got the push from.

Monday, September 26, 2011

KL-Shah Alam Trip : The Report Day 5

Last Day of the trip

Day 5

Lepas Zohor kami bergerak ke Berjaya Times Square. Pak Long nak beli model kit Gundam. Before that kami nak ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Nak meet up with someone. So kami amik bas U32, turun kat Times Square. Then amik Monorail kat Hang Tuah. Turun kat KL Sentral. Dah jumpa, pusing balik ke Times Square. Kali ni turun kat Stesen Monorail Imbi. Lunch at Wendy's. Then teman Pak Long angkat Gundam 00 Raiser Condenser Type. Selesai semuanya kami nak balik. Dah senja. Untuk perjalanan pulang ke Perlis, Ibu aku hantar kami kat stesen LRT Pandan Jaya. Turun kat LRT Plaza Rakyat. Then kami lepak kat Dewan Menunggu kat Hentian Pudu Sentral. Tunggu bas Sri Maju kat Platform 12. Naik bas and sampai Perlis at 7 am. End of KL-Shah Alam Trip.

Significant Mentions from the trip

Hentian Pudu Sentral - Nama baru Hentian Puduraya. Dah berwajah baru. Macam airport. Harap berkekalan la kecantikan dia tu.
Touch N Go - RapidKL sekarang da jual TnG dalam bas. So sekarang ni nak beli TnG sangat senang. Beli atas bas ja. Minimum RM 5. Downside dia tak boleh guna nak bayar tol.
IKEA Meatballs - Aku sebenarnya nak rasa meatballs ni. Tapi ntah, kenapa aku xmau makan pun xtaw. So sekarang aku menyesal xdapat nak makan. Ntah bila baru leh pi IKEA balik. Sigh.

So that's it folks. My boring 5 days journey to the Central. Hope no one reads this though.

Friends From Afar

1. Umar
2. Rehe
3. Haffiz Azreen
4. Aqharie
5. Jurad
6. Ameng

KL-Shah Alam Trip : The Report Day 4

ZZZZZZZ

Day 4

X boleh stay umah Apih lama-lama. Dia nak ke Pavilion jumpa Afiza and kawan-kawan dia. So aku decide better aku balik umah Ibu aku kat Desa Pandan. So amik LRT turun kat Dato' Keramat. Take bus nombor T330. Ni first time aku beli Touch N Go. My first Touch N Go. Sampai umah Ibu aku around 6 pm. Makan-makan and relax. Actually famili Mak Teh aku nak tumpang semalam kat situ gak. So ramai gila la orang kat umah malam tu. And mostly kids. Tobat bising. Aku ngan Pak Long hang out dalam bilik adik tiri aku ja. Nothing much malam tu. Plan asal nak join Apih and others kat Taman Melati, tapi due to certain circumstances, aku terpaksa said NO. So malam yang biasa untuk hari keempat. End of Day 4

KL-Shah Alam Trip : The Report Day 3

Aku dah malas nak tulis intro.

Day 3

Bangun dan terus pi Solat Jumaat kat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (ala masjid yang kubah kaler biru putih tu.) Jalan kaki ja. Dekat dengan umah sewa Umar. Lepas tu Umar and housemate dia hantar aku dengan Pak Long ke KTM Shah Alam. Kami nak beli tiket bas balik Perlis. Turun kat Stesen Sentral Kuala Lumpur. Amik LRT turun Masjid Jamek. Jalan kaki beli tiket kat Hentian Pudu Sentral and then walk some more ke Berjaya Time Square. Had late lunch kat McDonalds Bukit Bintang. Solat kat Plaza Low Yat. Tengok Johnny English Reborn kat TGV KLCC. Nak ke KLCC kami (aku, Pak Long, Umar dengan Haffiz Azreen) naik monorail dari stesen Imbi, turun kat Bukit Nanas. Then jalan kaki ke Stesen LRT Dang Wangi. Turun kat LRT KLCC. Johnny English Reborn memang seriously lawak. Not bad for RM 15.00. Memang parodi James Bond kaw-kaw. Habis tu aku dengan Pak Long amik LRT ke Taman Melati while Apih and Umar head back to Imbi pasal depa mai naik moto. Umar balik Shah Alam. Then sampai LRT Taman Melati Aqharie mai amik bawak pi kedai makan kat Nasi Kukus Ayam Dara. Aqharie tak boleh lepak lama dia kena pi Rawang umah sepupu dia. At 115 pagi kami selesai lepak. Malam tu tidur umah Apih. End of Day 3.