Sunday, December 18, 2011

Kawin Awal Tak Dapat, Oleh Sebab Itu...

Ibu bapa anda berfikiran orthodoks. Konservatif. Adat lebih dari segala-galanya. Kalau nak kahwin, kalau tak ada kerja atau duit, jangan mimpi nak bawa keluar isu ini dihadapan mereka. Jangan cakap nak kahwin, nak suruh pergi merisik pun dah kena marah rasanya. Dan jika anda dah berduit sekalipun, kenduri kahwin mestilah meriah dan mahal-mahal. Hantaran mesti berdulang-dulang. Belanja kahwin lagi. Baru tak terkalah dengan jiran tetangga yang lain. Baru jiran rasa gerun dan hormat kepada keluarga anda.

Dari dua masalah yang aku nyatakan di atas, iaitu kalau tak berduit jangan mimpi nak bertunang apatah lagi kahwin dan kalau nak kahwin, kena mahal-mahal menyebabkan ramai pemuda pemudi berasa tekanan dan kecewa tidak dapat melampiaskan keinginan untuk berkahwin awal. Sehubungan itu, secara tak langsung ramai yang berpasangan atau orang kebanyakan memanggilnya ber-couple, dan ada yang lebih teruk lagi, menghasilkan anak luar nikah hasil dari hubungan tersebut.

Tetapi lain pula ceritanya bagi pemuda pemudi dari keluarga atau latar belakang Islamik. Mereka dapat bertunang seawal yang mungkin. Masakan ada juga yang dapat berkahwin di usia yang awal. Mereka masih belajar, tidak bekerja lagi tetapi ibu bapa serta keluarga membenarkan dan memberi sumbangan untuk mereka berkahwin atau bertunang awal. Mengapa ini berlaku?

Kita sekarang hidup dalam era Melayu. Bukan era Islam... Keluarga orthodoks pentingkan kejayaan dahulu baru boleh kahwin manakala keluarga berlatarbelakangkan Islamik percaya kepada kejayaan dan perkahwinan boleh bergerak seiring. Tetapi kita kena fikir jugak bahawa jodoh Allah dah tetapkan awal-awal lagi. Lambat atau cepat sahaja pembezanya.

(aku takdak idea nak tulis panjang2 kali ni. cukup takat tu lah kot. nak tunjuk kenapa ada beza)

No comments:

Post a Comment