Thursday, July 14, 2011

Geng Baju Hitam Visits Penang (or Seberang Perai to be exact) Part 1

Pada hari Jumaat yang lepas, ku bersama rakan-rakan Geng Baju Hitam telah pergi bercuti di Seberang Perai, Pulau Pinang. Percutiaan ini mengambil masa sebanyak 2 hari 1 malam (ku tak pasti betul ka tak kiraan ni, haha. Rasa macam 3 hari 2 malam.).

Kami bertolak lepas Maghrib dari rumah Aqharie. Cadangan asal adalah untuk bergerak dari rumah beliau selepas Asar. Tapi disebabkan kelewatan kami tunda sehingga selesai solat Maghrib baru kami bertolak. Kami bertolak menggunakan tiga buah kereta. Satu kereta Proton Waja kepunyaan saudara Amirul Faiz a.k.a. Roy, Perodua Kancil milik saudara Haffiz Azreen dan Proton Savvy milik saudara Aqharie. Sepatutnya hanya dua buah kereta yang digunakan, akan tetapi saudara Haffiz ingin membawa kereta beliau, maka kami ada tiga buah kereta dalam percutian ini. Ahli rombongan adalah seramai lapan orang, iaitu:
  1. Saudara Aqharie
  2. Saudara Hafizi a.k.a.Fizi
  3. Saudara Wan Nur Hafizi a.k.a. Ameng
  4. Saudara Roy
  5. Saudara Shafiq Hazwan a.k.a. Datok
  6. Saudara Yasser
  7. Saudara Haffiz Azreen
  8. Saudara Irsyad a.k.a. Chad

Kami bertolak dan isi minyak dahulu di Petronas Arau sementara kumpulan Roy pergi mengambil pemanggang ikan di Padang Siding, rumah datuk dan nenek saudara Datok. Selesai semuanya, kami bergerak menggunakan lebuh raya Arau-Changloon dan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Destinasi kami pada waktu itu adalah Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Gurun, Kedah. Memandangkan kami pergi bercuti pada malam sebelum Perhimpunan Bersih 2.0, maka sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis. Sekatan jalanraya pertama yang kami tempuhi adalah di sempadan negeri Perlis-Kedah (di gerbang selepas UniMAP Ulu Pauh). Sekatan kedua adalah di hadapan Balai Polis Changloon. Tol yang dikenakan dari Plaza Tol Jitra ke Plaza Tol Hutan Kampung adalah RM 1.60. Kami teruskan perjalanan sehingga ke R & R Gurun dan berehat selama 30 minit. Destinasi sekarang adalah ke rumah kediaman saudara Najmi a.k.a. Nami di Bandar PERDA, Seberang Perai. Tiada sekatan jalanraya sepanjang lebuhraya ke Pulau Pinang.

Sampai sudah di Plaza Tol Sungai Dua dan kami dicaj RM 13.00 untul tol dari Hutan Kampung ke Sungai Dua. Sekatan jalanraya terakhir pada malam itu selepas plaza tol terbabit. Kami teruskan perjalanan ke rumah saudara Najmi, kondominium tiga bilik, dua bilik air dan satu stor di tingkat 7 dari 19 tingkat. Selesai apa yang patut, kami bergerak ke Uptown Bandar PERDA. Selesai kami terus bergerak ke Al-Arjan Shisha untuk mengisi perut yang lapar yang amat. Kami semua memesan Nasi Ayam manakala ku bersama saudara Fizi a.k.a Fizi menambah Burger Daging Telur. Burger disitu agak unik kerana menggunakan roti burger berbijan dan besar dan lembut. Harganya pula adalah murah berbanding burger di kedai burger lain. Terbaik. Nasi ayam juga boleh tahan. Oleh kerana kami di tempat shisha, maka kami perlu pesan shisha. Saudara Aqharie dan Ameng memesan shisha berperisa Lychee manakala saudara Yasser, Haffiz, Nami memesan Homemade (shisha yang resipinya rahsia perniagaan). Ku bersama saudara Fizi dan Roy hanya menumpang dan bayar sikit kerana hisap sikit, hehe. Tapi saudara Roy hisap banyak jadi bayar lebih daripada kami.

Sementara menunggu makanan dan shisha, kami disajikan dengan filem X-Men First Class. Kualiti wayang tapi bunyi bagus. Selepas shisha dan makanan tiba kami disajikan pula dengan filem KL Gangster. Untuk pengetahuan anda, shisha tersebut tidak habis perisanya walaupun sudah habis cerita X-Men dan sudah masuk setengah filem KL Gangster. Sudah beberapa kali arang shisha telah ditukar tetapi shisha tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan kehilangan rasanya. Rasanya pula lembut dan banyak asap dikeluarkan. Maka konklusinya shisha di Al-Arjan adalah terBAIK. Kami pulang dengan perasaan kenyang, mengantuk dan puas kena shisha. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Kami bermain siapa boleh skor markah tinggi main dart dan ada yang ber"online" di Facebook. Ini dilakukan untuk mengisi masa lapang sementara menunggu azan Subuh daripada masjid berdekatan. Selesai solat, kami semua tidur.

Tamat Bahagian 1.

P.S. - Sekali sekala tulis karangan Bahasa Melayu apa salahnya. Hehe

1 comment:

  1. terbaek.... dimanakah Bahagian seterusnya.... tak sabaq nak tengok ahhahahaha

    ReplyDelete