Sunday, January 23, 2011

13 Things About Moi (pronounced as Mu-a)

First, Cik Liyana, saya pinjam idea entry terbaru awak ya. Jangan marah! =)

1. First of all, ramai ingat aku orang Perlis. But, actually aku orang Melaka. Dibesarkan kat Perlis. That's why aku boleh cakap loghat utara dengan OK. Tapi tak semua loghat utara tu aku taw.

2. Anak sulung dari dua beradik. Dua-dua lelaki. The truth is, my parents divorced since I'm in Standard 1 or 2. Then we brothers split. I follow my dad.

3. Signature number is 13. Orang kata number 13 malang. Tapi aku kata "to hell with it, number ja pun.". Lagi satu aku suka number 16. My birthday date.

4. Jarang dengar lagu melayu. Ask my friends. Depa taw. Hehe. Lebih prefer dengar lagu english. No, not Bieber. But, I digs FFAF, FFTL, Underoath, Alexisonfire and et cetera. Tapi kalau kena pi karaoke kena nyanyi lagu melayu jugak kan...

5. Aku suka McD punya Double Cheeseburger, McFlurry.Game PSP dengan PC. Memang duit aku habis pasal selalu beli menatang-menatang ni.

6. Suka baca conspiracy theories, world issues, military history. Sukan aku tak amik port sangat. Same goes to vehicles. Kira aku deviate dari minat dan obsesi kebanyakan lelaki sebaya aku.

7. Kalau online, tab wajib ada dalam browser: Facebook, Yahoo! Mail, Cracked.com, 9gag.com.

8. Introvert, not an anti-social or social outcast. Aku lebih prefer alone, bukan tak reti berkawan okay?

9. Since aku introvert, aku tak suka berurusan sangat dengan orang. That's why aku liat kalau nak kena pi repair something ka, bayar something ka, daftar apa ka. Kena ada teman baru rajin. Haha. Tapi lepak-lepak laju la.

10. Orang panggil aku: Ir (ada dua orang ja kot kalau tak salah yang panggil camni), Syad (selalunya close friend, girls..hehe), Chad (majority panggil camni. With that exact spelling), Icad or Acad (budak-budak GMi yang coined nama ni)

11. Fobia ular and UFO. Kalau mimpi, terus nightmare. Bangun tido berpeluh. MUST!

12. Aku tak suka tempat crowded, hip-hop, konflik, apa-apa yang budak-budak melayu duk ikut tu (rempit ka, shuffle ka), poser and many other things. Kalau aku ingat aku tulis next time.

13. Typically, orang akan deduce aku skema. Ye la. Pakai spec, taw serba skit tentang macam-macam. I don't blame them. Stereotype for the win yo!

Happy Sunday guys...

Saturday, January 22, 2011

What People See

I've been haunted by this very uneasy feeling... What does other people think about you? are you pleasant? warm? friendly? or just plain annoying? cocky? or stupid? What do other people see in you? Smart? Reachable? or just ugly? distant? We should stay away from him. Like that?

I just don't know the answer. This feeling surfaced because when i engaged in a comment in a social networking sites, let's say facebook. I did my best to keep someone, especially female to keep interested in the topic at hand. But, i find that, the discussion is neutral, meaning not so warm, not so cold, as if they are not interested in talking with me. Maybe i bored them to death. So, no one gives a f*c* about me. Go ahead. Check my facebook page. There's no wall post coming from somebody. Just game request or my useless ranting that no one gives a damn. Just a like.

Same goes to this blog. I did put a counter to see how many hits that this page accumulate. It steadily increases. But, no comment? Come on. I want to hear your point of view too. I really wish someone did take an interest of what I wrote. Yeah, i know it does not worth your time at all to read. But, at least, do me a favor. Wrote something back. I just wanna know who did read that piece of my mind. But it's your choice after all. I just can't order you to do something, right?

One other thing. When i tried to make a new friend, and yes, again, a female friend, I noticed, I'm not interesting enough in their eyes. We can only talk for a day, and that's it. 2 days top. This also applies to the real world. I seldom have a new friend. No one ever cared I guess. You are just a bystander. A living wall. They noticed, but they don't care.

And yes, if my close friends asked why I'm gloomy all the sudden, usually this is the reason why............The feeling of sudden void in the environment. And, you are the void..........

Happy weekends everyone. Or whoever that come here..

FFAF New Lineup

Well, this post is dedicated to my bud, Ju. Dia mintak aku buat post pasal current FFAF lineup. Since aku xdak buat apa, so, why not. OK, this one for you bro.

Aku start dengar FFAF waktu lineup ni:

Matthew Davies-Kreye on Vocals
Ryan Richards on Drums and Distorted Vocals
Gareth Davies on Bass and Backup Vocals (i like this guy)
Kris Coombs-Roberts on Lead Guitar
Darran Smith on Guitar

Then, Gareth Davies belah dari band. Dia stay kat US. Lagipun dia baru kahwin. Tak larat ulang alik. That's why dia decide untuk belah. So, Gareth digantikan dengan Gavin Burrough dari band Hondo Maclean. Mamat ni main bass untuk album greatest hits "Your History Is Mine: 2002-2009". Nak tengok dia boleh la pakat-pakat tengok MV "Wrench".

Lastly, Darran Smith (the emo guy yang suka pakai baju ketat) pulak decide to leave. So, Gavin yang mula-mula on bass, tukar instrument, main guitar, ganti Darran. Therefore, they need a new bassist. Sekarang ni position bass diisi oleh Richard Boucher, juga dari band Hondo Maclean. Jadi, the current lineup adalah:


Matthew Davies-Kreye on Vocals (damn, mamat ni dah kurus skit.)
Ryan Richards on Drums and Distorted Vocals (maintain cool bro)
Richard Boucher on Bass (the only blondie in the band)
Kris Coombs-Roberts on Lead Guitar (this guy is so awesome on guitar man. Check him out!)
Gavin Burrough on Guitar and Backup Vocals (from bass to guitar, well done)

So, that's all to say about this band. Kalau ada idea nak suh aku tambah, hit the comment section. Come on, no silent reader. We need two-way comm yo!

Friday, January 21, 2011

Review - Funeral For A Friend "The Young And Defenceless" EP

OK... Aku nak update blog ni, tapi takdak idea yang sesuai. So, aku saja-saja nak buat review tentang salah satu band yang aku minat, Funeral For A Friend.

Newest band lineup. From left: Bass, Drummer, Singer, Guitar, Lead Guitar

Funeral For A Friend ni satu band yang berasal dari UK. Nak lagi tepat dari Wales. Dibentuk pada tahun 2001, band ni dah release empat studio album:

1. Casually Dressed And Deep In Conversation
2. Hours
3. Tales Don't Tell Themselves
4. Memory And Humanity

enam extended playlists (EP) :

1. Between Order And Model
2. Four Ways To Scream Your Name
3. Seven Ways To Scream Your Name
4. Bullet Theory / My Dying Day
5. The Great Wide Open
6. The Young And Defenceless

One of the earliest band yang aku suka masa aku mula-mula berjinak dengar lagu post-hardcore. Tapi ada yang label depa ni screamo. So, mana-mana pun takpa. Janji sedap.

Macam tajuk post ni, aku nak review EP terbaru depa, The Young And Defenceless. EP ni actually limited kalau tak salah aku. Boleh beli kat Pledge Music sahaja. Tapi ada fan ni upload kat somewhere (aku tak leh disclose nama website tu, kang naya) so aku pun dah download. Nak beli takdak duit, tak kerja lagi. Beli online lak, lagi parah. Sigh...

Cover EP untuk "The Young And Defenceless"
So, ada empat track ja dalam EP ni. Start dengan "Serpents In Solitude" Bagi aku, lagu ni best. Ada scream daripada drummer. Ada mix electronic. Bunyi bass rangup. Lead macam biasa, amazing. So, one of the best song dalam EP ni. Lagu ni ada videoclip. So, at the end of this post aku ada letak embed video dia. Next "Vultures". Aku suka opening ngan ending lagu ni. Lepas tu " Damned If You Do, Dead If You Don't". Lagu ni rancak. So agak best. Last, lagu "Sixteen". Juga not bad. Tajuk EP ni amik dari lirik lagu ni.

Overall EP ni best. Kalau beli, memang tak rugi, tapi nak buat camna, limited edition. Ha, bulan 3 ni depa release satu album baru, "Welcome Home Armageddon". Can't wait!

Layan EP preview!


MV "Serpents in Solitude"

Tuesday, January 11, 2011

Double Standard Yo!

Haha..lulz is had bila aku baca Harian Metro hari ni..Cerita bersiri Melayu 20 episod tajuk Sakti Delima kena banhammer dari Lembaga Penapisan Filem atau LPF. Baru 4 episod ditayangkan kat TV3 dah kena ban. LPF claim cerita ni tahyul dengan syirik yang melampau yang mampu memesongkan akidah Islam. OK. Maybe they are right. Maybe not. Aku xtengok jadi aku xleh comment banyak2.

Tapi kan... In my humble opinion, kenapa cerita Indon yang terang2 ada pari-pari apa semua tu lepas lak? What blasphemy is this? Bagi aku the character in that story kadang-kadang rely on that fairy godmother. Bukan ke kalau dah rely selain Allah dah boleh dikira syirik? So, kenapa cerita Indon lepas lak? Siap ada sakti-sakti lagi. Bukan aku xpernah tengok woit!

All and all, bagi aku, kalau betul la LPF betul2 nak jaga benda macam ni, ban semua cerita yang ada benda2 tahyul or syirik ni. Jangan bagi chance. Xkisah la cerita Melayu ka, cerita Indon ka, sapu semua sekali. Biar adil dan saksama. Jangan pasal nak jaga kroni atau kerana menjaga sensitiviti boleh lak tutup mata.

Alang-alang, aku nak tibai cinema Malaysia. For example, Malaysia pnya cinema terlampau banyak cerita seram yang "seram" la sangat, komedi ntah apa apa ntah dengan cintan karat. Xmenjana pertumbuhan akal langsung! Aku xlah suruh buat macam Hollywood ka, Korea dengan Jepun punya stail ka, tapi at least give it a try man. Diversify the genre. Aku dah bosan weh. Sumpah bosan. Mau aku pi tengok wayang Melayu pun, pasal member ajak. Aku pi sendiri or kehendak aku sendiri? Mintak maaf la not gonna happen.

Tapi apa leh buat. Kita hidup kat Malaysia. Semua orang ada taste masing-masing. Berdasarkan majoriti. "Minoriti leh pergi mati", kata pihak majoriti. So, terima la seadanya. Ang bising-bising pun sapa kisah kan?

Saturday, January 08, 2011

Mission Accomplished

There..Aku berjaya jugak siapkan review game dengan movie..Walaupun xbagus mana, tapi aku rasa aku deserved a pat in the back for those jobs. Hehe..

Monday, January 03, 2011

Buried (2010) Review



Malam new year aritu aku tengok cerita Buried kat lappie aku. Cerita ni diarahkan oleh Rodrigo Cortes. Dibintangi oleh Ryan Reynolds. Mamat ni dlu adalah Hannibal King dalam cerita Blade 3 dan Deadpool/Wade Wilson dalam X-Men Origins: Wolverine. Xkan xprasan kot? Ala, yang lawan dengan Wolverine last skali tu. Hubby Scarlett Johansson. Lucky guy you! But wait..Dah cerai dah pun...Btw, aku xpandai sangat buat review. Spoiler aku pandai la..Hehe...

OK. Cerita ni berlaku kat Iraq. Main character nama dia Paul Conroy, pemandu trak bagi syarikat CRT (Crestin, Roland and Thomas). Syarikat ni dapat kontrak untuk membina balik Iraq yang teruk dinodai US dan sekutunya. Nak dijadikan cerita Paul dengan konvoi dia kena serang satu hari ni. Semua mati kecuali dia. Dia pengsan lepas tu kena tangkap dan kena kurung dalam keranda. Keranda tu nasib baik xdalam sangat. Pasal dia leh dengar enjin jet F-16 lalu area tu dengan dia boleh dengaq azan. Dan nak dijadikan cerita dia punya BlackBerry yang "pengganas" tu letakkan sekali dalam keranda tu masih ada bateri dengan ada reception.

"Pengganas" tu nak USD 5 juta dari Paul. Mintak kedutaan bayar, sebelum pukul 9 malam. Lepas tu depa kurang sampai tinggal USD 1 juta. Kalau xmau bayaq Paul akan mati kehabisan oksigen. "Pengganas" tu plak bagi kat Paul benda-benda ni: Lampu suluh, pemetik api, glowstick, BlackBerry, pisau, dan ubat. So tengokla samada Paul selamat atau x.

Bagi aku, cerita ni best. Kena la dengan genre dia, iaitu Thriller. Bayangkan anda terkurung dalam keranda yang sikit masa ja lagi nak mati akibat kehabisan oksigen. Panik wo... Teringat kat family... Knowing the moment you will die.. So, aku recommend hampa carik crita ni...3.5/5!!

Medal of Honor (2010) Review

OK..As promised, here is the review for one of the game I played in 2010, a FPS or First-Person Shooter, Electronic Arts’ Medal of Honor. Dibangunkan oleh DICE, yang membawakan game Battlefield Bad Company 2, dan game ini turut dibangunkan oleh Danger Close.

Box Art. Dusty jadi maskot game ni.

Game ni berlatarbelakangkan operasi-operasi  US dengan NATO kat Afghanistan semasa Invasion of Afghanistan. Tapi banyak tunjuk US la. Musuh depa ialah Taliban yang kadang-kala dibantu pejuang Chechen. Manakala ANA atau Afghanistan National Army digambarkan sebagai allied kepada tentera-tentera NATO waktu awal game.

Ada empat  playable characters. First kita start sebagai seorang Tier 1 operator dari squad Navy SEALs Team Six (ST6) atau DEVGRU (Development Group), code name Rabbit, dari AFO (Advanced Force Operations) Neptune. AFO Neptune bergerak dalam empat orang, iaitu Mother sebagai Team Leader,yang dua lagi adalah Voodoo dengan Preacher. 

Lambang dalam game untuk AFO Neptune
Okay, meh nak explain. US punya special force disusun ikut tahap kepakaran dan kepentingan, dipanggil Tier System. Tier 1 paling tinggi, kira dah tahap national asset. Hanya ada 3 unit dalam Tier 1, iaitu Navy DEVGRU, Army Delta Force dengan Air Force 24th Special Tactics Squadron. Hanya boleh dideploy dengan arahan President, Joint Chiefs dan/atau Defence Secretary. Kira high echelon ja boleh command depa ni. Kalau UK, depa punya Tier 1 adalah Special Air Service (SAS), Special Boat Service (SBS) dan Special Reconnaissance Regiment.   

Kedua, kita akan main sebagai seorang lagi Tier 1 operator, seorang sniper Delta Force, code name Deuce, dari AFO Wolfpack yang dianggotai Dusty, Vegas dan Panther sebagai team leader. 


Ketiga Specialist Dante Adams dari 75th Regiment Rangers. Dalam team dia ada Sergeant Patterson, Corporal Hernandez dengan Tech Sergeant Ybarra. Rangers kalau ikut Tier, depa diletakkan sebagai Tier 2 sama dengan regular Navy SEALs team 1 sampai 10, tolak 6 dengan 9, serta Army Special Force atau Green Beret. Last sekali kita jadi gunner AH-64 Apache Longbow, Captain Brad “Hawk” Hawkins.

Dalam game ni kita leh pakai senjata-senjata moden macam M4 carbine, M16A4 assault rifle, dan paling famous bagi kebanyakan game sekarang adalah AK-47. Tak dilupakan Dragunov sniper rifle. Kita jugak boleh bawak helikopter, jip dan All Terrain Vehicle (ATV). Plus kita boleh mintak bantuan daripada AC-130 gunship untuk fire support.  Untuk lebih detail sila ke Medal of Honor wikia.

Game ni okay. Boleh challenge Call of Duty punya franchise. Graphic sempoi. Tapi aku prefer graphic COD lagi. Musuh dia pun susah nak tembak walaupun dalam Easy difficulty pasal depa pandai take cover. Kira kena confirm dia ada kat mana baru boleh tembak. Rasa memang realistic habis time main. Mission menarik. Macam rasa nak jadi tentera la time main tu. 

Ada isu berbangkit kalau game yang ada kaitan dengan Islam ni. Bab morality pasal kena lawan Taliban yang saudara seagama tu, aku tak mau komen banyak, pasal bagi aku game adalah game. Nothing more. Aku hanya anggap dia adalah musuh. Bukan kira agama atau bangsa. Kalau betul-betul nak kira morality, game ni tak payah main la. Kita jadi askar US, Kristian lak tu. Haram! So, it is just a game. Jangan amik serius.

So, verdict untuk game ni aku bagi 4/5. Kalau ada sekuel memang aku beli. By the way, nah layan trailer game ni dengan promo Linkin Park dengan lagu “The Catalyst”. Enjoice!