Tuesday, January 17, 2012

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology

So start daripada 8 Januari 2012 haritu, aku officially adalah student kepada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology atau nama pendeknya UniKL MIIT. Course aku Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Networking Systems selama 4 tahun. Aku dapat transfer kredit sebanyak 28 jam. OK la daripada tak dapat langsung.

MIIT ni letaknya kat Jalan Sultan Ismail Sangat-sangat dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Kampung Baru. Bangunan MARA pun dekat gak daripada sini. Kalau nak datang sini by public transport, kita ada banyak options. Contohnya:

1. By LRT. Turun kat Dang Wangi ataupun Kampung Baru. Bandaraya pun boleh tapi paling dekat dan efisien adalah Dang Wangi.
2. By Monorel. Turun kat Medan Tunku.
3. By bus. Sorry aku tak tau kod bas yang lalu depan UniKL.

So antara distinctive features universiti ni adalah bangunan 30 tingkat. Berjiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Menara Bank Pembangunan. Jalan depan ni pun sibuk gak pagi-pagi. Betul-betul kat persimpangan.

So for Semester 1 ni aku wajib duduk hostel. So aku dapat hostel kat Jalan Pantai Endah, Bangsar. Nama glamour Blok 10. Hostel ni berjiran dengan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA), Stadium Hoki Kuala Lumpur, dan Universiti Malaya (pintu yang dekat dengan Masjid Al-Rahman). Bangunan ni 6 tingkat. Bilik ada yang 6 orang. Ada yang 4 orang. Aku dapat yang 4. Katil double decker. Kipas dinding. Then tandas kena share ramai-ramai atau bahasa hariannya adalah tandas luar. Paling awesome kat sini adalah court futsal yang bayarannya RM10 sejam.

Then aku wajib naik bas ulang-alik dari kampus ke hostel. Bayaran RM 300 satu semester. Kalau terlepas, naiklah LRT kat Kerinchi. Kena la RM 2.00 sehala.

So nilah sedikit sebanyak info aku sebagai pelajar tahun pertama, semester pertama UniKL MIIT ni. A long way to go.