Tujuan aku post harini adalah nak tunjuk macamana nak YAHUDI-kan produk. By the way post ini diambil dan diolah daripada blog Ayam dan Babi. Cilakak punya blog. Dahla dalam loghat utara. I had my lulz. Anyway enjoice post ni.
How to YAHUDI-kan kismis LIGO.
Yeap, this harmless guy right here. Sapa tak pernah makan tu penipu besaq. |
1. Nama produk
Kaitkan nama produk dengan perkataan-perkataan Yahudi yang direka sendiri.
"LIGO berasal dari perkataan Ibrani yang bermaksud "butiran keras". Sememangnya jika anda membeli kismis LIGO anda memberi sumbangan dana kepada Israel untuk membeli butiran keras iaitu peluru untuk membunuh rakyat Palestin"
2. Asal usul
Rekakan satu konspirasi bagaimana produk ini boleh wujud dalam pasaran tempatan.
"Kismis LIGO yang ditanam di Israel yang tanahnya disuburi darah rakyat Palestin dihantar ke Brazil untuk dibungkuskan dengan penipuan bahawa kismis ini berasal dari California"
3. Presiden syarikat
Pastikan rakyat tempatan akan gerun membeli produk ini dengan menyatakan yang Presiden atau C.E.O. syarikat tersebut (reka nama supaya lebih susah rakyat tempatan untuk Google) adalah seorang Yahudi Zionis atau penyokong Zionis.
"Presiden Ligo iaitu Zarsten Kismisberg (lulz) adalah seorang jutawan Israel yang kaya akibat penipuan kismis-kismisnya. Beliau menderma sebanyak 100 juta dollar setiap tahun kepada negara laknatullah Israel"
4. Kreativiti masing-masing
Jangan berhenti disitu sahaja! Gunakan akal minda anda untuk memburukkan lagi produk ini dalam pasaran domestik! Benda-benda kecil seperti barcode produk juga boleh dijadikan sasaran!
Bantai apa saja. Janji objektif tercapai. |
So dah taw macamana nak Yahudi-kan produk sedia ada? Mudah kan? So post yang orang duk share kat FB dengan email tu boleh jadi fitnah. Sebab kat atas ni senang ja kan nak kata satu produk tu teruk. Tapi kalau betul la produk tu adalah dari pihak Zionis, aku ucapkan terima kasih sebab mengingatkan.
Konklusinya, kita kena buat research dulu pasal sesuatu perkara ni. Jangan percaya bulat-bulat then terus sebarkan. Bayangkan kalau kita sebarkan fitnah. Tidak ka naya namanya tu? Tunjuk bukti yang sahih dulu. RESEARCH, then baru kita buat analisa masing-masing. Nak boikot ka tak. Lagi satu, kalau benda tu baik, apa salahnya kita terus pakai? Kita ada mata, kita lihat. Kita ada akal, kita fikir. Mana satu benda baik mana satu benda salah. Assalamualaikum!
depa pakai ini-semua-agenda-yahudi-mason generator. kahkahkah!
ReplyDelete