Saturday, April 14, 2012

The Places. Called. Home

Malam ni while browsing The Awesomer, aku jumpa satu video yang sangat awesome. Untuk sapa-sapa yang baru first time dengar pasal laman web ni, The Awesomer adalah laman web yang display video-video cool around the Web. Video-video ni selalunya datang daripada Youtube.

Ni video yang aku kata awesome tu.


Untuk sapa-sapa yang malas nak play video ni, video ni tunjuk tempat-tempat menarik sekitar Jepun. Dan setiap clip / lokasi dalam video ni diambil waktu pagi, tengah hari, petang, senja, malam. Contoh kat Kyoto clip waktu siang, Hokkaido punya clip waktu pagi. See the video kalau tak paham.

So aku pun teringin gak nak buat video camni. Cuma lokasi aku teringin nak record adalah Perlis. Contoh lokasi macam Kangar, Santan, Arau, Timah Tasoh dan so on. Ajak Umaq buat menatang ni macam best ja.

Wednesday, April 11, 2012

Earthquake Alert

Petang yang tenang hari ni dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di utara Sumatera. Amaran tsunami sudah dikeluarkan. Aku tak rasa gegaran apa pun. Rasa macam rugi pun ada. Ke aku rasa tapi tak perasan? Huhu.

So, let's hope loss of lives will be minimum. Damage on properties are inevitable. Hope all is well.

Tuesday, April 10, 2012

Banyak Cerita, Tapi...

tapi aku tak reti nak menulis. jadi biarkan ia berkubur di dalam kepala otak aku yang kosong...kosong ong (nyanyi : najwa latip - kosong)

ps - heniz (pinjam tagline hang mat aamir) lagu ni catchy. FFFFFFFFUUUUUU.

Pathetic Little Blog. I Owned One.

Create a blog they said. It's going to be fun they say.

Alkaline Batteries Can Be Rechargeable. Yeap. You Read That Right.

Bayangkan anda ada bateri size AAA atau AA. Jenis alkaline. Bateri ni macam kita sedia maklum bukan boleh recharge balik. So, bila dah habis pakai (baca : out of juice/power!), kita buang, betul tak?

Well, not anymore! See the good folks at SecondWind berjaya design battery charger yang boleh recharge balik bateri-bateri alkaline yang terpakai. So, sekarang every batteries is literally rechargeable batteries.



Ni antara spesifikasi atau features charger ni:

1. Full charge mengambil masa selama 90 minit.
2. Tak kisah saiz bateri. Make it AA or AAA.
3. Boleh charge sebijik atau banyak-banyak bijik sekaligus.
4. Harganya adalah.... USD$ 59.99. Lebih kurang  RM 180.00.

So nak taw lebih lanjut bolehlah ke sini.

Thursday, March 08, 2012

Haram Tak Lulz

Sikit pun dak.

Meniaga

So aku sekarang ni tengah berjinak-jinak duk juai jersey mai dari Padang Besaq. baru dua kali aku buat. Order xpernah lebih 6 helai. Untung pun bukan besaq mana. Buat suka-suka ja. Tapi mau ramai duk order, memang aku nak buat serius. Itupun, KALAU RAMAI YANG ORDER... KALAU.....

So in case ada yang berminat nak order jersey kat aku, habaq mai la no. Aku juai kat hangpa dalam RM 35 lengan pendek. Lengan panjang dalam RM45. OK dak pada pandangan hangpa? Ka mahai? Mau mahai mohon datang sendiri beli kat Padang Besaq.

So ni aku upload la gambaq jersey-jersey hasil beli kat Padang Besaq. Mohon enjoice.

Ni terang-terang jersey Malaysia size M.

Taktau pasaipa gambaq ni sorang-sorang dia besaq. Ni jersey England Away untuk Euro 2012 size S.

Arsenal Home Season 2011/2012 size S.

Holland/Netherland Away untuk Euro 2012 size S.

Arsenal Away Season 2011/2012 size S.

Chelsea 3rd Kit Season 2011/2012 size S.
So tu lah antara produk yang boleh didapati daripada Padang Besaq. Sori gambaq xberapa nak elok sebab tangkap time malam. Ni aku nak bagi tips la mau nak basuh jersey tu, jangan duk pakai washing machine. Satgi kot luruh cabut habih semua tulisan kat jersey hangpa tu. Dan pastikan terbalikkan baju tu. Luar ke dalam. Buat macam xbesa lak.

So ni ja lah aku post untuk hari ni. So kalau ada yang berminat leh carik aku kat FB takpun Twitter. Link kat sebelah tu. Pandai-pandai carik. Assalamualaikum!

Monday, March 05, 2012

Post Hambar

Peh hambar gila post aku. Sangat-sangat hambar. Nak buat so-so.gif (straightkan tangan anda, satu tangan ja. pastikan tapak tangan anda menghala ke bawah. Goyangkan tapak tangan anda atas dan bawah sambil buat muka notbadobama.jpeg) pun tak layak. FFFFFFFFFFFUUUUUUUU.

Seriously I shit better than this.

March Post, The First

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca-pembaca blog picisan ini. Masih adakah mereka, masih mengikuti perkembangan blog ini? Mengharapkan kiriman yang baru. Atau sudah dilupakan? Mana-mana pun tidak mengapa. Saya terima seadanya.

Heh, type guna Bahasa Melayu formal ni memang susah. Rasa janggal gila. Maklumla dah lama tak menulis guna Bahasa Melayu formal. Last guna time Form 5. Xpa, lepas ni aku kena amik Bahasa Kebangsaan. Nak xnak, hidupkan kembali Bahasa Melayu di sanubariku ini!

Tujuan aku post untuk hari ini adalah untuk menyatakan aku berada di Perlis untuk seminggu lamanya sebab UniKL MIIT sekarang tengah cuti midsem. So macam biasa, aku akan ke Padang Besar untuk beli jersey yang ditempah atau diminta carikan oleh teman-teman. Aku jadi runner je. Ada barang ada la. Kalau xdak, maaf. Next stock mungkin ada.

Aku kena amik untung. Jadi runner pun, penat actually. Dari Kangar nak ke Padang Besar, lebih kurang 30++ minit. Duit minyak lagi. Jalan carik jersey kat kedai. Mesej-mesej atau call nak bagitau jersey tu ada ka tidak. Tu semua duit tu. So harap paham kalau aku charge lebih skit.

And now, first time in this year, aku demam. Or skit lagi nak demam. I don't know. Tapi area badan aku sakit-sakit, especially kat bahagian kiri dan kanan perut. What does that mean?

Tuesday, January 17, 2012

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology

So start daripada 8 Januari 2012 haritu, aku officially adalah student kepada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology atau nama pendeknya UniKL MIIT. Course aku Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Networking Systems selama 4 tahun. Aku dapat transfer kredit sebanyak 28 jam. OK la daripada tak dapat langsung.

MIIT ni letaknya kat Jalan Sultan Ismail Sangat-sangat dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Kampung Baru. Bangunan MARA pun dekat gak daripada sini. Kalau nak datang sini by public transport, kita ada banyak options. Contohnya:

1. By LRT. Turun kat Dang Wangi ataupun Kampung Baru. Bandaraya pun boleh tapi paling dekat dan efisien adalah Dang Wangi.
2. By Monorel. Turun kat Medan Tunku.
3. By bus. Sorry aku tak tau kod bas yang lalu depan UniKL.

So antara distinctive features universiti ni adalah bangunan 30 tingkat. Berjiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Menara Bank Pembangunan. Jalan depan ni pun sibuk gak pagi-pagi. Betul-betul kat persimpangan.

So for Semester 1 ni aku wajib duduk hostel. So aku dapat hostel kat Jalan Pantai Endah, Bangsar. Nama glamour Blok 10. Hostel ni berjiran dengan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA), Stadium Hoki Kuala Lumpur, dan Universiti Malaya (pintu yang dekat dengan Masjid Al-Rahman). Bangunan ni 6 tingkat. Bilik ada yang 6 orang. Ada yang 4 orang. Aku dapat yang 4. Katil double decker. Kipas dinding. Then tandas kena share ramai-ramai atau bahasa hariannya adalah tandas luar. Paling awesome kat sini adalah court futsal yang bayarannya RM10 sejam.

Then aku wajib naik bas ulang-alik dari kampus ke hostel. Bayaran RM 300 satu semester. Kalau terlepas, naiklah LRT kat Kerinchi. Kena la RM 2.00 sehala.

So nilah sedikit sebanyak info aku sebagai pelajar tahun pertama, semester pertama UniKL MIIT ni. A long way to go.