Friday, October 28, 2011

If Zombie Apocalypse Did Happen

Soalan yang aku baru tertanya diri aku sendiri. Kalau betul la zombie apocalypse ni benar-benar terjadi, kita rakyat Malaysia nak deal macamana dengan event ni? Kita bukan duduk US. Kalau kat US firearms belambak. Malah they got right to bear arms. And then depa ada geng redneck (read: geng hulu tapi stock weapons belambak), so kemungkinan nak deal dengan zombie apocalypse takdak masalah sangat kan?

Tapi kita kat Malaysia ni apa ada? Senjata api seriously tak banyak dalam pendapat aku. Senjata konvensional / tradisional banyak la; parang keris apa semua tu. Advantage tu memang. Pasal tak pakai peluru. Just bergantung dekat tenaga kudrat si pemegang senjata. Tapi lama-lama letih la kan? Dah letih memang kena gangbang la. Last-last kita pun jadi zombie. What a way to go. Becomes one with the ones that we tried to defend ourselves from in the first place.

Martial artist pun kita ramai. Tapi macam senjata traditional, kita kena close range and memerlukan tenaga. Habis tenaga maka habislah kita. So nak selamat, jangan engage the zombies, retreat. Itu ja penyelesaian terbaik. Tapi soalan yang aku nak tanya ni bukan senjata api apa semua tu. Bukan how to kill the zombies. Or   how to survive the zombie apocalypse. No. Aku nak tanya if orang kesayangan anda jadi zombie, what will you do?

Contoh, kat tangan anda ada pistol. Dan let's say abang atau kakak anda baru sahaja jadi zombie. Can you PULL THE TRIGGER? Anda renung tepat ke mata mereka. Dan instant flashback of memories flooded your mind. All the good times you guys had before. How you loved them. Can you do it? They are your loved ones. Not some random people. Itu kalau ada pistol. Kalau takdak pistol, ada parang, macamana? Lagi kejam nak tetak orang kan? Your loved ones lak tu kan. Darah mereka memercik ke muka, mengelupur. Sanggup tak? Aku rasa majoriti mesti tak sanggup. Malah mungkin ada yang akan rebah melutut ke bumi dan menangis. Normal. Itu manusia.

Tapi kita kerap kali dengar kes kat Malaysia yang tercinta ni ahli keluarga kena tetak or belasah dengan ahli keluarga sendiri. Dilakukan dalam keadaan sedar. Bukan terpaksa (mungkin terpaksa sebab nak duit or whatever, but still, bukan kondisi yang memerlukan tindakan kejam sebegitu dilakukan). Apa dalam fikiran mereka ketika itu? Adakah sifat kemanusiaan sudah terhakis? Hilang? Aku tak tau. Aku bukan pakar psikologi.

So renung-renungkanlah, if zombie apocalypse did happen, will you kill the ones you loved so that they stay dead and doesn't come for your meat and brains?

1 comment:

  1. pakai kayu besbol takpa. mau pakai firearms nak kena pi cari peluru. masa zombie apocalypse mana kedai firearms bukak. semua katup

    ReplyDelete