Saturday, March 05, 2011

Demam!

Baru start bulan 3 aku dah rasa macam nak demam.. Dah la H1N1 naik balik.. oh God.. Risau gak..

Macamana aku boleh demam? Aku rasa pasal perubahan cuaca. Actually hari Khamis haritu aku dengan coursemates aku pi buat roadtrip nak pi Chiling Falls kat Kuala Kubu Baru. Kalau nak pi, hampa cacak pi Rawang and the proceed sampai ke Kuala Kubu Baru. Carik signboard Chiling Falls or Empangan Selangor. Insya-Allah sampai. Takpun kalau ada yang pernah sampai Darul Quran pun mungkin lagi senang nak carik signboard 2. Mana-mana pun takpa. Janji taw jalan nak pi Kuala Kubu Bharu.

Perubahan cuaca yang aku maksudkan adalah perbezaan suhu antara dalam air dengan suhu kat darat. Memang badan terkejut la dengan perubahan tu. Air dia sejuk nak mampus. Ya la. Kami ja yang ada kat situ hari tu. Tambah lak angin. Memang menggeletar la. Kat darat lak panas.

And by the way, kami tak pi pun Chiling Falls. Dia tutup. Hari minggu bukak la kot. Jadi kami pi kat air terjun bawah 2 ja. Dekat dengan jambatan kaler kuning. Kena pi dulu la baru taw apa yang aku taip ni, kan? Aku takdak gambar untuk dilampirkan sekali kat blog ni. So, sorry guys.

Sekarang badan aku rasa sengal2 kat dalam. Aku tak selesema or sakit kepala. Just sengal-sengal. 100 Plus dah berapa botol aku teguk. So far baru 2 bijik Panadol Actifast aku telan. Harap-harap sembuh lepas ni. Doakan ya!

No comments:

Post a Comment