Monday, January 03, 2011

Medal of Honor (2010) Review

OK..As promised, here is the review for one of the game I played in 2010, a FPS or First-Person Shooter, Electronic Arts’ Medal of Honor. Dibangunkan oleh DICE, yang membawakan game Battlefield Bad Company 2, dan game ini turut dibangunkan oleh Danger Close.

Box Art. Dusty jadi maskot game ni.

Game ni berlatarbelakangkan operasi-operasi  US dengan NATO kat Afghanistan semasa Invasion of Afghanistan. Tapi banyak tunjuk US la. Musuh depa ialah Taliban yang kadang-kala dibantu pejuang Chechen. Manakala ANA atau Afghanistan National Army digambarkan sebagai allied kepada tentera-tentera NATO waktu awal game.

Ada empat  playable characters. First kita start sebagai seorang Tier 1 operator dari squad Navy SEALs Team Six (ST6) atau DEVGRU (Development Group), code name Rabbit, dari AFO (Advanced Force Operations) Neptune. AFO Neptune bergerak dalam empat orang, iaitu Mother sebagai Team Leader,yang dua lagi adalah Voodoo dengan Preacher. 

Lambang dalam game untuk AFO Neptune
Okay, meh nak explain. US punya special force disusun ikut tahap kepakaran dan kepentingan, dipanggil Tier System. Tier 1 paling tinggi, kira dah tahap national asset. Hanya ada 3 unit dalam Tier 1, iaitu Navy DEVGRU, Army Delta Force dengan Air Force 24th Special Tactics Squadron. Hanya boleh dideploy dengan arahan President, Joint Chiefs dan/atau Defence Secretary. Kira high echelon ja boleh command depa ni. Kalau UK, depa punya Tier 1 adalah Special Air Service (SAS), Special Boat Service (SBS) dan Special Reconnaissance Regiment.   

Kedua, kita akan main sebagai seorang lagi Tier 1 operator, seorang sniper Delta Force, code name Deuce, dari AFO Wolfpack yang dianggotai Dusty, Vegas dan Panther sebagai team leader. 


Ketiga Specialist Dante Adams dari 75th Regiment Rangers. Dalam team dia ada Sergeant Patterson, Corporal Hernandez dengan Tech Sergeant Ybarra. Rangers kalau ikut Tier, depa diletakkan sebagai Tier 2 sama dengan regular Navy SEALs team 1 sampai 10, tolak 6 dengan 9, serta Army Special Force atau Green Beret. Last sekali kita jadi gunner AH-64 Apache Longbow, Captain Brad “Hawk” Hawkins.

Dalam game ni kita leh pakai senjata-senjata moden macam M4 carbine, M16A4 assault rifle, dan paling famous bagi kebanyakan game sekarang adalah AK-47. Tak dilupakan Dragunov sniper rifle. Kita jugak boleh bawak helikopter, jip dan All Terrain Vehicle (ATV). Plus kita boleh mintak bantuan daripada AC-130 gunship untuk fire support.  Untuk lebih detail sila ke Medal of Honor wikia.

Game ni okay. Boleh challenge Call of Duty punya franchise. Graphic sempoi. Tapi aku prefer graphic COD lagi. Musuh dia pun susah nak tembak walaupun dalam Easy difficulty pasal depa pandai take cover. Kira kena confirm dia ada kat mana baru boleh tembak. Rasa memang realistic habis time main. Mission menarik. Macam rasa nak jadi tentera la time main tu. 

Ada isu berbangkit kalau game yang ada kaitan dengan Islam ni. Bab morality pasal kena lawan Taliban yang saudara seagama tu, aku tak mau komen banyak, pasal bagi aku game adalah game. Nothing more. Aku hanya anggap dia adalah musuh. Bukan kira agama atau bangsa. Kalau betul-betul nak kira morality, game ni tak payah main la. Kita jadi askar US, Kristian lak tu. Haram! So, it is just a game. Jangan amik serius.

So, verdict untuk game ni aku bagi 4/5. Kalau ada sekuel memang aku beli. By the way, nah layan trailer game ni dengan promo Linkin Park dengan lagu “The Catalyst”. Enjoice!




No comments:

Post a Comment