Thursday, September 17, 2009

Perlis, I'm Home!

Akhirnya......Dapat jugak aku pulang ke Perlis! Setelah sekian lama xbalik, rasa rindu ke negeri yang aku panggil "Kampung" akhirnya akan terubat. Nak tengok famili, kawan2 seperjuangan, saudara2 sekelian, jiran2 tetangga, semualah yang ada kat Perlis tu.

Aku bertolak besok pagi dengan cik Izyani yang study kat UniTeN dengan menaiki bas Sani Ekspres. Ni first time aku naik bas Sani dengan Yani lak tu. Selalu balik sorang2 ja. Kali ni ada lak member. Xla bosan. Harap2. Dapat balik dengan dia ni pun sebab dia ada tiket lebih. Kalau x balik dengan Mak Tam aku sekeluarga pada Jumaat malam Sabtu. Kira balik awal la ni. Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami selamat!

Besok pukul 9.30 pagi maka aku akan meninggalkan Terminal Kajang menuju ke Shahab Perdana, Alor Setar. Dan aku harap sangat ayah aku datang amik aku kat Alor Setar. Kalau x macamana nak balik. Bas? Malas la. Aku malas la nak buat benda2 jumpa orang ka, beli ka. Kira malas berurusan dengan orang la. Mau x. Kadang2 nak layan kerenah birokrasi(macam taw je apa maksud birokrasi) lagi. Tapi kena buat jugak.

Ok la aku tulis takat ni. Nak mengemas lak. Aku ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum. Ampunkan segala salah dan silap!

No comments:

Post a Comment