Thursday, August 18, 2011

Maxis Broadband

Internet. Kalau takdak Internet mesti hilang punca hidup anda kan. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mesti rasa nak masuk Internet. Bukak FB, tengok berita, Youtube, blog and apa-apa yang boleh dicarik. Sekejap pun takpa, janji dapat connection Internet tu.

So, post ni just nak share pengalaman aku sebagai pengguna Broadband. Mobile Broadband to be exact. Cucuk pendrive modem, dah boleh surf Internet. Di mana sahaja anda boleh ber-Internet. Rumah aku tak pernah pasang Streamyx. Never. So that's why aku kena guna Broadband.

First time Broadband user time tu aku dalam Semester 1 kat GMI. Aku rasa time tu aku sorang ja kot ada Internet kat dalam bilik hostel aku tu. Time ni la aku didedahkan dengan art of Internet. Main torrent, download apa semua tu. Maklumla sebelum ni taw guna dial-up ja. Tak pun pi cyber-cafe. Ada Internet sendiri perasaan dia lain la sikit kan. Anyways, time tu aku guna Celcom Broadband. In my experience, not band la. Time peak hour jangan harap la nak dapat decent Internet connection. Slow gila. After 2 a.m baru rasa laju. Tapi kalau download torrent still acceptable. Download, lepas tu tinggal. Tidur. Bangun besok pagi dah siap. Balik kelas baru tengok. Best siot. Aku habis download Season 2 Gundam 00 time ni la.

After that, aku rasa aku deserve better connection speed. So aku beralih ke Maxis Broadband at the end of Semester 4. Aku pun tak taw apa real reason aku tukar. Unsatisfied customer perhaps? So Maxis BB. Speed is so WIN. Seriously, peak hour ka tak, it is fast! Kalau download video kat Youtube tu, sat ja dah siap. Speed memang tak boleh challenge. Tapi, the downside of this awesome service is, dia cepat sampai quota. Aku amik yang 6 GB punya quota. Kalau bulan tu kena gila dia, download sana sini, streaming video banyak-banyak, baru half month dah habis quota. Kalau habis quota, meranalah anda. Time tu rasa kalau pakai dial-up lagi laju kot! Argh. Tu yang selalu kena pi top-up quota tu. Yang sakit hatinya plak, quota mahal nak mampus. Mana mampu camni. So, aku tahan ja la. Guna berpatutan. Overshot tu biasala.

Now, aku noticed something dekat 2 bulan ni. Aku dah reached quota aku, but still, aku rasa the speed is reasonable. Bayangkan kalau dulu nak refresh page FB sangat lah amik masa. Page tu mesti tak akan properly display. Nak pi website lain jangan harap la dia keluar display yang correct. Tapi, sekarang seriously dah ok. Even aku boleh upload gambar ke blog ni dalam keadaan reached quota. FB takda masalah. Download video kat Youtube takes time, tapi still acceptable. Aku pun taktaw apa yang berubah. Maxis or the internet browser itself. Aku pakai Mozilla Firefox 5. Mozilla claim it is fast. Ok la bagi aku. So now, aku berterima kasih kepada kedua mereka ini, Mozilla and Maxis kerana telah memberikan saya peace of mind while browsing the Internet. Thanks you guys.












Too Long, Didn't Read (TL:DR) eh? Maxis Broadband and Firefox 5 is Awesome!

No comments:

Post a Comment