Saturday, March 14, 2009

World War III? When?

actually korang mmg xsedar kn,
bahaya krisis ni..
slagi kite berpegang ngn ekonomi kapitalis,
slagi tu xselesai..

PENGENALAN

Toyota, Nissan, Honda, General Motor, Ford dan Chrysler – adalah nama nama pembuat kereta terbesar dalam alam ini. Semuanya bungkus.
Eropah dalam krisis yang maha hebat. Di Iceland duit tidak laku lagi. Negara kecil ini telah jatuh muflis.
Obama baru sahaja berucap meminta lebih dari 3 trilion dolar untuk memulihkan ekonomi Amerika. .
Hillary Clinton telah datang ke China minggu lalu untuk meminjam duit dari China.
Di China – kilang kilang semakin banyak di tutup. Angka resmi buruh hilang pekerjaan telah melintasi 26 juta – seperti seluruh warga Malaysia tanpa mata pencarian – ini angka resmi. Angka tidak resmi mungkin lebih besar.
Sepanyol yang gempak hebat sebagai penjana ekonomi Eropah 3 tahun dahulu dengan industri membuat rumah kini sudah tenat. Berpuluh ribu telah hilang pekerjaan.
Dubai yang angkuh dengan – kegilaan – membuat hotel dan gedung membeli belah kini jatuh muflis. Dubai sekarang ini telah menjadi museum untuk sesiapa yang ingin melihat crane dan jentolak terdampar tidak bergerak lagi.
Singapura dan Taiwan telah mengambil langkah untuk memberi warga duit agar dapat berbelanja.
Rusia dan Eropah Timur sedang dalam kesakitan. Warga kini bernostalgia dengan hari hari dimana kehidupan mereka terjamin ketika negara di bawah sistem ekonomi sosialis.
German – ekonomi terkuat di Eropah kini sedang sakit tenat.
Britain semenjak di pukul hebat oleh gerakan pembebasan dari negara-negara tanah jajahan pada tahun 50-60’an hanya tinggal dengan nostalgia – Great Britain.

Ini bukan krisis ekonomi. Krisis ini ialah krisis kapitalisma. Yang menghadapi krisis ialah sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Jika TIDAK memahami hakikat ini maka segala langkah untuk membawa kebaikan akan gagal.

Dari minggu ini setiap pagi Obama akan menerima laporan CIA tentang suasana ekonomi dunia.
Dari sejarah pekembangan kapitalisma – apabila dalam krisis maka kaum pemodal akan memulakan perang. Perang Dunia Pertama ( 1916) kerana krisis ekonomi di Eropah. Perang Dunia KeDua kerana zamam meleset di Amerika ( 1929) dan krisis kapitalisma juga di Eropah.
Perang di Iraq dan Afghanistan masih berterusan. Ianya sedang merebak ke Pakistan. Riak-riak perang di sana sini. Timur Tengah dengan Isreal sebagai punca perang – terus mengancam negara-negara Arab. Iran dan Korea Utara sedang dipinggirkan.
Semua ini adalah rintik-rintik perang.

6 comments:

  1. bro ... now to start a war you need full control of economy ... economy dominates the world ... when war happens ... revolution happens side by side ... and not to forget ... money ... that's why in DOTA there's always war ... :D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bro saja nak bagi clarification sikit pasal information tuh.open for interpretation sendiri.

    "Obama baru sahaja berucap meminta lebih dari 3 trilion dolar untuk memulihkan ekonomi Amerika. .
    Hillary Clinton telah datang ke China minggu lalu untuk meminjam duit dari China."

    itu adalah permohonan untuk stimulus package sama macam apa najib buat kat malaysia.dalam ekonomi, peranan kerajaan adalah untuk menjaga pertumbuhan ekonomi,distribution of wealth,menjaga agar tidak ada inflasi,pengganguran dan memastikan keadaan dimana ada social justice. so apabila ekonomi mengecut adalah menjadi peranan kerajaan untuk mengembangkanya semula hence the stimulus package.

    tentang hillary clinton meminjam wang dari China, pada akhir pentadbiran husbandnya yang tidak ada budget deficit(belanja lebih dari dapat) dia telah berjaya mengurangkan hutang amerika sehingga boleh menjadi 0. tetapi kalau amerika tak pinjam macam mana banking industries nak berkembang.industri perbankan bergantung sepenuhnya kepada prinsip simpan&hutang.itulah Bush buat dengan mengambil hutang banyak2 pi perang rata2 dan potong cukai.

    tentang unemployment di China, itu adalah perkara biasa memandangkan kalau hang bekerja di kilang2 biasa dan pada satu masa dimana ada kemungkinan cyborg dicipta maka hang akan digantikan dengan cyborg. itu adalah satu sebab CHina mengalami pengganguran yang tinggi.ada banyak sangat illiterate and uneducated labour.kalau depa semua specialist macam hang maka susahla orang nak replace depa.PESANAN: study rajin agar tak jadi macam buruh di CHina.

    tentang DUBAI,RUSSIA and eastern europe itu adalah apa yang orang panggil "dutch syndrome".contohnya,aku anak orang miskin takdak duit,tiba2 org kaya adopt aku lepas tuh aku perangai pelik sebab aku tak pernah ada duit aku belanja lebih2 tak simpan tak invest. lebih korang dalam bahasa melayu OKB(nouveau riche)

    .konklusinya, ni semua kalau kita gabungkan sekali maka jadilah satu explosion.benda ni dah ada lama dah tapi kita memerlukan benda yang nak start.macam assassination of archduke franz ferdinand menjadi trigger kepada WW1 walhal itu bukan sebab utama. ada banyak faktor lain yang lebih penting.kalau nak ikutkan ada 14 assassinations kepada keluarga diraja,presiden dan perdana menteri berlaku dalm tahun 1912-1914.

    tetapi apa yang hang kata tentang krisis kapitalisme ada kebenaranya ,kepincangan sistem itu menyebablkanya trigger(sub-prime mortgage crisis that led to the credit crunch) kali ini tetapi sesungguhnya sistem percampuran ekonomi kapitalis dengan sosialis adalah terbaik(sistem yang majoriti negara gunapakai.)

    and betul jugak apa hang kata tentang golongan pemodal tetapi lebih kepada ketamakan mereka yang menjadi faktor berlakunya persaingan imperialisme baru(salah sartu faktor WW1) bukannya disebabkan krisis ekonomi teruk.krisis ekonomi teruk berlaku kepada Germany dimaan disebabkan treaty of Versailles,berlakunya inflasi sebanyak 7 trillion peratus dalam jangka masa 1919-1923.maksud dia kalau dulu kena ada seringgit nak teh tarik sekarang kena bayar 7 trilliion.yang tu lah hitler marah lepas tu pi serang orang!

    rintik perang itu memang ada tetapi dulu semuanya berlaku sebab ada dua camp.kalau china rises faster than the world economy can stands maka akan wujudnya satu kem bersaingan dengan US.itu bunga-bunga perang.tunggu waktu CHina lebih brani untuk have a say in world politics.

    ReplyDelete
  3. thanks dude...aku sangat2 bertrimas...

    ReplyDelete
  4. yang aku respek...rajin btui ang explain satu2....

    ReplyDelete
  5. btw...info ni aku copy and paste....not truly dari aku...lupa nak buh side note...jadi plagiat la plak...adeh....

    ReplyDelete
  6. dont worry chad. anything for you.

    ReplyDelete