Monday, March 05, 2012

March Post, The First

Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca-pembaca blog picisan ini. Masih adakah mereka, masih mengikuti perkembangan blog ini? Mengharapkan kiriman yang baru. Atau sudah dilupakan? Mana-mana pun tidak mengapa. Saya terima seadanya.

Heh, type guna Bahasa Melayu formal ni memang susah. Rasa janggal gila. Maklumla dah lama tak menulis guna Bahasa Melayu formal. Last guna time Form 5. Xpa, lepas ni aku kena amik Bahasa Kebangsaan. Nak xnak, hidupkan kembali Bahasa Melayu di sanubariku ini!

Tujuan aku post untuk hari ini adalah untuk menyatakan aku berada di Perlis untuk seminggu lamanya sebab UniKL MIIT sekarang tengah cuti midsem. So macam biasa, aku akan ke Padang Besar untuk beli jersey yang ditempah atau diminta carikan oleh teman-teman. Aku jadi runner je. Ada barang ada la. Kalau xdak, maaf. Next stock mungkin ada.

Aku kena amik untung. Jadi runner pun, penat actually. Dari Kangar nak ke Padang Besar, lebih kurang 30++ minit. Duit minyak lagi. Jalan carik jersey kat kedai. Mesej-mesej atau call nak bagitau jersey tu ada ka tidak. Tu semua duit tu. So harap paham kalau aku charge lebih skit.

And now, first time in this year, aku demam. Or skit lagi nak demam. I don't know. Tapi area badan aku sakit-sakit, especially kat bahagian kiri dan kanan perut. What does that mean?

Tuesday, January 17, 2012

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology

So start daripada 8 Januari 2012 haritu, aku officially adalah student kepada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology atau nama pendeknya UniKL MIIT. Course aku Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Networking Systems selama 4 tahun. Aku dapat transfer kredit sebanyak 28 jam. OK la daripada tak dapat langsung.

MIIT ni letaknya kat Jalan Sultan Ismail Sangat-sangat dekat dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Kampung Baru. Bangunan MARA pun dekat gak daripada sini. Kalau nak datang sini by public transport, kita ada banyak options. Contohnya:

1. By LRT. Turun kat Dang Wangi ataupun Kampung Baru. Bandaraya pun boleh tapi paling dekat dan efisien adalah Dang Wangi.
2. By Monorel. Turun kat Medan Tunku.
3. By bus. Sorry aku tak tau kod bas yang lalu depan UniKL.

So antara distinctive features universiti ni adalah bangunan 30 tingkat. Berjiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Menara Bank Pembangunan. Jalan depan ni pun sibuk gak pagi-pagi. Betul-betul kat persimpangan.

So for Semester 1 ni aku wajib duduk hostel. So aku dapat hostel kat Jalan Pantai Endah, Bangsar. Nama glamour Blok 10. Hostel ni berjiran dengan Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA), Stadium Hoki Kuala Lumpur, dan Universiti Malaya (pintu yang dekat dengan Masjid Al-Rahman). Bangunan ni 6 tingkat. Bilik ada yang 6 orang. Ada yang 4 orang. Aku dapat yang 4. Katil double decker. Kipas dinding. Then tandas kena share ramai-ramai atau bahasa hariannya adalah tandas luar. Paling awesome kat sini adalah court futsal yang bayarannya RM10 sejam.

Then aku wajib naik bas ulang-alik dari kampus ke hostel. Bayaran RM 300 satu semester. Kalau terlepas, naiklah LRT kat Kerinchi. Kena la RM 2.00 sehala.

So nilah sedikit sebanyak info aku sebagai pelajar tahun pertama, semester pertama UniKL MIIT ni. A long way to go.

Sunday, December 18, 2011

Kawin Awal Tak Dapat, Oleh Sebab Itu...

Ibu bapa anda berfikiran orthodoks. Konservatif. Adat lebih dari segala-galanya. Kalau nak kahwin, kalau tak ada kerja atau duit, jangan mimpi nak bawa keluar isu ini dihadapan mereka. Jangan cakap nak kahwin, nak suruh pergi merisik pun dah kena marah rasanya. Dan jika anda dah berduit sekalipun, kenduri kahwin mestilah meriah dan mahal-mahal. Hantaran mesti berdulang-dulang. Belanja kahwin lagi. Baru tak terkalah dengan jiran tetangga yang lain. Baru jiran rasa gerun dan hormat kepada keluarga anda.

Dari dua masalah yang aku nyatakan di atas, iaitu kalau tak berduit jangan mimpi nak bertunang apatah lagi kahwin dan kalau nak kahwin, kena mahal-mahal menyebabkan ramai pemuda pemudi berasa tekanan dan kecewa tidak dapat melampiaskan keinginan untuk berkahwin awal. Sehubungan itu, secara tak langsung ramai yang berpasangan atau orang kebanyakan memanggilnya ber-couple, dan ada yang lebih teruk lagi, menghasilkan anak luar nikah hasil dari hubungan tersebut.

Tetapi lain pula ceritanya bagi pemuda pemudi dari keluarga atau latar belakang Islamik. Mereka dapat bertunang seawal yang mungkin. Masakan ada juga yang dapat berkahwin di usia yang awal. Mereka masih belajar, tidak bekerja lagi tetapi ibu bapa serta keluarga membenarkan dan memberi sumbangan untuk mereka berkahwin atau bertunang awal. Mengapa ini berlaku?

Kita sekarang hidup dalam era Melayu. Bukan era Islam... Keluarga orthodoks pentingkan kejayaan dahulu baru boleh kahwin manakala keluarga berlatarbelakangkan Islamik percaya kepada kejayaan dan perkahwinan boleh bergerak seiring. Tetapi kita kena fikir jugak bahawa jodoh Allah dah tetapkan awal-awal lagi. Lambat atau cepat sahaja pembezanya.

(aku takdak idea nak tulis panjang2 kali ni. cukup takat tu lah kot. nak tunjuk kenapa ada beza)

Wednesday, December 07, 2011

Tatkala Nak Masuk IPT

Bila nak masuk mana-mana IPT, aku paling tak suka buat benda ni: mintak cop pengesahan. Cop dari JKKK ka, tok imam ka cikgu kanan sekolah ka, namakan saja. Melainkan ada orang ikut bontot aku, baru aku rasa rajin sikit..

Tapi, nak tak nak kena jugak mintak cop kan, kalau tak, tak masuk belajar aku satgi. Jadi,  aku hadiahkan jari tengah kepada kerenah birokrasi.

Sekian.

Thursday, December 01, 2011

December

First post for December 2011. Busy month ahead. That's for sure. Then a new year and a new life.